Thursday 19 January 2012

Schizophrenia


Schizophrenia ialah sejenis kecelaruan otak sepertimana penyakit sawan,nyanyuk dan multiple sclerosis.Ia biasanya bermula di kalangan orang baru masuk ke alam dewasa. Di seluruh dunia,ia melibatkan 1% dari keseluruhan penduduk sesuatu negara.

Tanda & gejala

  1. Gangguan Pemikiran
    • Delusi:
      • Satu kepercayaan yang kuat tetapi palsu yang tidak dapat digugat oleh pendapat yang waras. Contohnya percaya bahawa orang lain berpakat untuk berbuat jahat kepadanya,percaya bahawa fikiran dan kelakuannya dikawal oleh makhluk luar seperti jin ,hantu atau keramat,percaya bahawa ia mempunyai kuasa yang istimewa dan luar biasa.
      • Sukar untuk menumpukan,membentuk dan mengekalkan arus pemikiran.Pertuturan sukar difahami dan tidak berkaitan dengan soalan
  2. Gangguan persepsi
    • Halusinasi:
      • persepsi yang salah. Contoh: Mendengar suara-suara ghaib bercakap kepadanya atau bercakap sesama sendiri atau membuat ulasan terhadap apa yang dilakukannya sedangkan suara itu tidak didengari oleh orang lain
  3. Gangguan tingkahlaku
    • Perangai yang pelik dan sering berubah-ubah.
    • Kurang berupaya untuk melakukan aktiviti harian dengn baik. Menarik diri dari berinteraksi dengan masyarakat (suka menyendiri)


Komplikasi

Sekiranya tidak dirawat, ia akan berubah ke peringkat schizophrenia yang kronik.Seseorang itu akan hidup menyendiri didalam dunianya sendiri,tidak menghiraukan kebersihan dirinya(tidak mahu mandi, tidak mahu memberus gigi dan tidak mahu menukar pakaian),tidak ada motivasi untuk melakukan sebarang aktiviti, tidak dapat merasakan atau mengeluarkan perasaan(tidak ada riak muka)

Rawatan

Satu penilaian yang lengkap dan teliti oleh pakar psikiatri adalah perlu sebelum rawatan dimulakan.

  • Rawatan ubat-ubatan psikotropik merupakan rawatan utama pada masa sekarang.
    • Ubat-ubat ini membantu mengawal tanda-tanda penyakit schizophrenia
    • Ubat-ubat ini mestilah diambil sepertimana yang diarahkan oleh doktor
    • Ubat-ubat ini hendaklah terus diambil walaupun keadaan penyakit telah pulih.
    • Rawatan ubat-ubatan ini perlu diambil untuk jangkamasa yang lama kerana kemungkinan penyakit schizophrenia untuk berulang kembali adalah tinggi terutamanya pada permulaan 2 tahun selepas mendapat penyakit.
    • Doktor akan menasihati anda tempoh lama mana anda perlu terus mengambil ubat.
    • Janganlah teragak-agak untuk berbincang dengan doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda ambil.
  • Kaunseling individu
    • Akan membantu anda memahami akan hal penyakit anda untuk membolehkan anda lebih bersedia untuk menangani penyakit anda. Ia juga membantu anda meningkat keyakinan dan jati diri.
  • Terapi Berkelompok
    • Ini melibatkan satu kumpulan orang-orang yang mempunyai masalah yang sama contohnya pesakit schizophrenia duduk bersama-sama membincangkan pengalaman,masalah dan cara mereka menanganinya. Dengan cara ini mereka dapat belajar sesama sendiri dan saling memberi sokongan dan galakan.
  • Pendidikan Kesihatan
    • Sesi belajar mengenai penyakit, rawatannya,cara mengenalinya dan langkah-langkah pencegahan upaya ianya tidak berulang kembali.
  • Terapi Keluarga
    • Membantu ahli-ahli keluarga menangani stress semasa hidup bersama pesakit schizophrenia.

Pencegahan

Teknik teknik mengurangkan stress.

Pemulihan

Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan rehabilitasi yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala.
Setiap Jabatan Psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh negara mempunyai unit pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda.
Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan masyarakat.

Kumpulan sokongan:

  • KAMI (kumpulan sokongan keluarga Johor)
  • MMHA (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia-Petaling Jaya)
  • Kumpulan-kumpulan Sokongan Keluarga di setiap negeri


Semakan akhir : 28 April 2008

No comments:

Post a Comment