Selepas keputusan pemeriksaan mendapati saya bebas daripada kanser, keadaan payudara masih tidak baik dan lebih buruk lagi ia mengeluarkan lelehan cecair jernih dan kadang-kadang berdarah kerana terlalu kering dan melekat pada baju dalam.
Kedua-dua payudara yang dijangkiti amat gatal dan kelihatan seperti titik bernanah. Saya kini hamil lima bulan dan dijangka bersalin pada Mei 2012.
Adakah saya perlu melakukan rawatan segera? Ini kerana saya bimbang tidak dapat menyusukan bayi dan was-was mengenai kebersihan susu badan sendiri. Saya sangat berharap mendapat penjelasan daripada doktor.
IBU BIMBANG,
Kuala Lumpur
SAYA nasihatkan anda berjumpa pakar bedah am, seeloknya yang juga mempunyai pengkhususan dalam bidang pembedahan payudara yang terdapat di kebanyakan hospital.
Kemungkinan peradangan payudara (mastitis) akibat jangkitan kuman atau alahan atau keadaan penyakit kulit perlu diperiksa dan dirawat kerana ia boleh menjadi lebih teruk sehingga berlaku pengumpulan nanah (abses).
Walaupun pemeriksaan tahun lalu mendapati anda bebas daripada kanser payudara, doktor mungkin masih ingin mengambil sampel lelehan, darah atau tisu itu untuk pengesahan terkini.
Sifat saiz payudara yang semakin membesar sewaktu kehamilan (untuk persediaan penyusuan badan) juga boleh menyebabkan kulit payudara menjadi lebih tegang dan lebih mudah menggelupas pada bahagian peradangan terbabit.-metro
No comments:
Post a Comment