Mengancing dan mengetam/ mengetap gigi (bruxism) adalah pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan. Ianya boleh terjadi semasa tidur ataupun jaga.
Apakah penyebab tabiat mengancing dan mengetam/ mengetap gigi?
Tabiat ini mungkin disebabkan oleh:
- Stres atau tekanan perasaan.
- Perubahan gigitan yang mungkin berlaku akibat trauma atau rawatan gigi.
- Tidak diketahui punca
Apakah tanda-tanda dan akibat tabiat ini?
Antara tanda-tanda dan akibatnya adalah :
- Permukaan gigi haus
- Sakit kepala
- Sakit di bahagian sendi rahang
- Gigi terasa ngilu atau sakit
- Sendi rahang berbunyi semasa membuka dan menutup mulut.
- Kesakitan/ luka di bahagian sudut mulut.
Apakah yang anda boleh lakukan?
- Tingkatkan kemahiran menangani stres
- Dapatkan nasihat doktor pergigian. Anda mungkin perlu:
- Tampalan semula
- Occlusal splint
Semakan akhir : 28 Mac 2007
No comments:
Post a Comment