Thursday 19 January 2012

Kebimbangan dan Ketakutan di Kalangan Kanak-Kanak


Bilakah kanak-kanak berasa bimbang dan takut?

  •    Resah, bimbang dan takut adalah sesuatu yang biasa di kalangan kanak-kanak dan biasanya ia tidak akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.
  • Perasaan resah terhadap orang-orang asing dan resah bila berpisah dari penjaga adalah dua perasaan yang biasa di alami oleh kanak-kanak. Ini adalah satu perkembangan yang biasa.
  • Keresahan terhadap orang-orang asing
    • Bermaksud bahawa kanak-kanak merasa takut bila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali.
    • Terjadi pada peringkat umur 4 - 5 bulan dan akan memuncak hingga ke usia 12 bulan.
  • Keresahan terhadap perpisahan
    • Reaksi yang dipamerkan oleh kanak-kanak apabila dipisahkan dari pengasuhnya.
  • Faktor -faktor yang menyebabkan keresahan terhadap orang asing dan perpisahan:
    • Usia kanak-kanak.
    • Suasana masa itu.
    • Pengalaman lampau.
    • Keakraban kanak-kanak dengan penjaganya.

Bilakah bantuan perlu dicari?

  • Adalah dinasihatkan untuk dibantu sekiranya perasaan resah, bimbang atau takut itu:-
    • Semakin memuncak
    • Menjejaskan fungsi kanak-kanak tersebut di rumah dan di sekolah
    • Berlanjutan

Apakah jenis jenis kecelaruan keresahan yang sering dialami?

  • Jenis kecelaruan kebimbangan yang biasa:-
    • Kecelaruan keresahan perpisahan
    • Kecelaruan menyeluruh
    • Kecelaruan fobia
    • Kecelaruan keresahan sosial
    • Kecelaruan Stres Pasca-trauma
    • Kecelaruan panik

Bagaimana takut dan resah ini dapat dikenali?

  1. Kelakuan yang luar biasa saperti:-
    • Mengelakkan diri dari aktiviti luar seperti riadah bersama keluarga
    • Mengelakkan diri dari tempat seperti taman permainan
    • Mengelakkan diri dari seseorang seperti guru
    • Kelakuan seolah di dalam kesusahan seperti sebelum tidur
    • Kelakuan melekap kepada penjaga yang luar biasa
    • Perubahan tabiat seperti mula menghisap jari
    • Berkelakuan gelisah
  1. Kemurungan perasaan/emosi/fikiran:
    • Perasaan bimbang atau ketakutan
    • Penantian yang berlebihan akan bencana dan kemusnahan yang teruk seperti
      • Penolakkan
      • Ejekan dan cemuhan
      • kemalangan
      • Kecederaan
      • Gagal dalam peperiksaan
  1. Aduan fizikal:
    • Pening kepala
    • Sakit perut
    • Rasa tercekik
    • Sesak nafas
    • Berpeluh
    • Menggeletar

Mengapa anda perlu mengambil tahu?
Rasa bimbang dan takut boleh menjurus kepada:

  • Gangguan dalam proses pembesaran yang normal
  • Gangguan dalam fungsi seperti:-
    • Pembelajaran
    • Perhubungan dengan ahli keluarga, rakan rakan atau guru
  • Boleh menyebabkan masalah perlakuan yang serius seperti kecelaruan tingkahlaku
  • Boleh menjerumus kepada penyalahgunaan dadah saperti tembakau, arak dan dadah
  • Risiko mencederakan diri sendiri
  • Risiko untuk membunuh diri

Apa yang boleh dilakukan untuk membantu kanak-kanak ini?

  • Dengar apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak itu dan fahami tingkahlakunya
  • Berikan perangsang dan pujian
  • Bantu kanak-kanak untuk mengetahui akan kekuatan dan kelebihan dirinya.
  • Bantu kanak-kanak menerima akan kelemahannya dan bagaimana mengatasinya.
  • Bantu kanak-kanak untuk bertenang mengunakan teknik relaksasi seperti dengan cara menarik nafas, membayangkan pemandangan yang nyaman dan hijau.
  • Berikan sokongan moral supaya kanak-kanak dapat:-
    • Belajar berfikir secara positif
    • Menerima segala perubahan, ketakutan, kemarahan, kekecewaan dan sebagainya
    • Membina kemahiran sosial yang positif seperti sifat ketegasan
  • Berikan kaunseling kepada:-
    • Kanak-kanak secara individu
    • Ahli keluarga kanak-kanak
    • Sekolah - beritahu guru mengenai masalahnya supaya mereka dapat memberi kerjasama dan sokongan
  • Berikan ubatan sebagaimana yang dinasihatkan oleh Pakar Psikiatri

Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan perasaan bimbang dan takut yang berlebihan?

  • Bantu kanak-kanak untuk membentuk kemahiran emosi dan sosial.
  • Bantu kanak-kanak menghadapi cabaran hidup dengan positif.
  • Jalinkan perhubungan mesra, responsif dan saling percaya mempercayai.
  • Wujudkan suasana yang aman dan selesa.
  • Pastikan amalan harian yang dapat dijangkakan.

Dimanakah bantuan seterusnya boleh diperolehi?
Orang perseorangan berikut boleh membantu

  • Kaunselor sekolah
  • Pegawai Perubatan di klinik kesihatan
  • Pegawai Perubatan di klinik swasta

No comments:

Post a Comment