Thursday 19 January 2012

Amalan Kesihatan Pergigian Yang Baik


Kenapa penjagaan kesihatan pergigian penting?
Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.

Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik?
Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut:

1. Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :

  • http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P4T1_gohp.gifBerus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam.
  • Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya
    ( 5 mm ) sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas.
  • Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.
  • Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan memberus gigi.
  • Jangan berkongsi berus gigi.
  • Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P4T1_gohp2.gif

2. Makan secara sihat :

  • Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-kanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan minuman tersebut tidak mengandungi gula.
  • Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke dalam gula atau manisan.
  • Elakkan minum minuman berkarbonat kerana kandungan gulanya tinggi.

3. Pemeriksaan pergigian secara berkala :

  • Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat untuk pemeriksaan seawal usia uhttp://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P4T1_good2.jpgntuk membiasakan mereka dengan suasana klinik pergigian.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan.
  • Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian.

No comments:

Post a Comment